Maklumat Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian (Gagal Peperiksaan) & Jadual Pentadbiran Akademik Sem. April 2011

Posted: Thursday, March 31, 2011 by MOHD NOOR RIZAL BIN ARBAIN in
0

Tuan/Puan

Sebagaimana dimaklumi bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Akademik (Gagal Peperiksaan/Rayuan Meneruskan Pengajian) akan diadakan pada minggu kedua kuliah iaitu pada 27 April 2011 (Rabu) manakala TEMPOH Rayuan Meneruskan Pengajian (Gagal Peperiksaan) adalah dari 18 hingga 24 April 2011 (minggu pertama kuliah).


Sehubungan itu sebagaimana garispanduan yang telah dinyatakan dalam Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (Gagal Peperiksaan) yang telah diemel sebelum ini, TARIKH AKHIR penyerahan Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian daripada fakulti kepada Sekretariat Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan (Unit Rekod & Pengijazahan) adalah pada 26 April 2011 (Selasa).

Sila klik pautan berikut untuk melihat butiran terperinci Jadual Pentadbiran Akademik Sem. April 2011(3/2010/2011) berkaitan perkara di atas:
Kerjasama tuan/puan juga adalah dipohon menyerahkan permohonan tersebut mengikut format yang telah diemelkan sebelum ini [Sila rujuk e-mel berkaitan Prosedur Rayuan Meneruskan Pengajian (Gagal Peperiksaan) bertarikh 7 September 2010 dan 9 November 2010].

Adalah diingatkan juga bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Akademik Kali Ketiga (Bil. 03/2010) bertarikh 11 Oktober 2010 telah membuat keputusan bahawa kes rayuan SELAIN sebagaimana dinyatakan di bawah, perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Akademik iaitu selaras dengan yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan Akademik UNISEL, Bahagian VII, Perkara (3) (ii), mukasurat 20 bahawa;

" Dekan boleh memberi pertimbangan kepada pelajar tahun (1) semester satu (1) yang bertaraf KG untuk meneruskan pengajian sekiranya pelajar mendapat CGPA 1.50 - 1.69. Pelajar perlu membuat permohonan rayuan meneruskan pengajian kepada fakulti dengan mengisi borang B/HEA/URA/205. Pelajar dikehendaki mengulang mara pelajaran yang gagal."


Sekian dan terima kasih.

=================================================
MOHD NOR HASHIM
Merangkap Sekretariat
Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Meneruskan Pengajian UNISEL
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Rekod & Pengijazahan
Bahagian Pentadbiran Akademik, Pejabat Pendaftar
Tel: 012-972 8181 / 03-3280 5021

0 comments: